|
|
| Tuesday, 17-Nov-2009 03:48 |
Email | Share | | Bookmark |
|
B'day anis - 10.10.2009
|
|
foto dah lama, baru nak load.
B'day anis, buat kat umah jer... masa ni aku dalam perjalan balik umah dari pejabat di puchong. Kebetulan kena pi pejabat nak cek keje bebudak grafik yg buat majalah aku tu...
sebab dah lewat sangat, family teruskan je la majlis memotong kek... sebab anak-anak aku nak kena sekolah esoknya.
sampai umah terus makan kek je la aku, gambar2 ni pun isteri aku ngan mira yg ambik...
dia orang pun dah masuk bilik memasing nak tido bila aku sampai umah.
sekarang dah relax skit... tak macam bulan 10, ari tu.... keje pun dah mula smoothhh...
aku pun dah selalu kat umah je buat keje... kalau ada hal mustahak atau ada benda nak cek atau bincang je aku ke pejabat puchong.
kalau dah siap opis kat axis tu lagi senang kot, operasi leh buat kat ampang jer... insyaAllah siap 10.10.10.... tahun depan B'day anis.... nombor pun cunnn....
nombor lagi.... macam main nombor lak aku ni.... kakakakakaah
alhamdulillah.....
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 14-Nov-2009 09:40 |
Email | Share | | Bookmark |
|
1 rasa - 1 Malaysia
|
|
Sana sini orang bercerita pasal 1Malaysia. Pameran lukisan juga tak ketinggalan untuk 'mengambil kesempatan'.
Aku dah hantar 2 painting watercolour aku ke pameran yang asyik tertangguh ni, alasannya Timbalan PM sibuk. Kena ikut masa dia sebab dialah yang nak rasmikan.
Nak hantar 1 lagi, besarnya lebih kurang 3'x3'.
Tak tahulah sempat ke tak kalau aku hantar minggu depan sebb painting yang baru ni tak kering lagi... Kena hantar jugak sebab lukisan yang ini baru nampak ciri2 lukisan aku....
Keterangan :
Lesung batu adalah alat tradisional yang digunakan untuk melumatkan cili dan rempah ratus sejak zaman berzaman oleh rakyat Malaysia.
Di dalam karya ini, ia digambarkan sebagai sebuah negara iaitu Malaysia.
Cili dan rempah ratus pula adalah gambaran rencah hidup masyarakat majmuk di negara ini.
Terlebih cili dan rempah - maka pedas la ia. Tidak kira anda cina, india atau Melayu sekalipun. Kan kita sama rasa...
______________________________________________________________________________________________
Aku dapat borang kaji selidik dari seorang kawan mengenai 1 Malaysia... inilah jawapan aku seikhlas yang mungkin....
SOALAN MENGENAI 1MALAYSIA (ONE MALAYSIA)
Umur : 41 tahun
Jantina : Lelaki [/] Perempuan [ ]
Pekerjaan : Swasta [/] Kerajaan [ ]
(Sila tanda √) Tidak Bekerja [ ]
1) Apakah pemahaman anda sebagai rakyat Malaysia mengenai 1Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita?
Jawapan : Menyatupadukan masyarakat majmuk di Malaysia ini.
2) Apakah nilai-nilai aspirasi yang terdapat dalam konsep 1Malaysia? Pada pendapat anda adakah nilai-nilai ini diamalkan sama ada sebelum atau selepas 1Malaysia?
Jawapan: Bersatu padu. Pada saya gambaran tersebut cuma ada ketika menyambut Merdeka setiap tahun.
3) Adakah anda dapati perbezaan berlaku sebelum dan selepas 1Malaysia diperkenalkan? Jika ada, sila nyatakan contoh-contoh?
Jawapan: Tiada secara amnya. Kalau ada pun, khursusnya pada ahli-ahli politik yang berkepentingan.
4) Pada pendapat anda, adakah konsep 1Malaysia hanya memberi tumpuan kepada perpaduan kaum sahaja? Jika ya atau tidak mengapa?
Jawapan: Ya dan sepatutnya tidak. Sepatut ia merangkul semua aspek termasuklah kepada ekonomi dan sosio politik juga supaya tiada yang merasakan persetujuan antara kaum suatu waktu dulu hanya berpihak kepada bumiputera sahaja. Masyarakat kurang memahami sejarah, apatah lagi sejarah Malaysia kini diajar tidak ketika murid masih rebung lagi.
5) Adakah konsep 1Malaysia ini lebih prihatin kepada rakyat? Apakah contoh-contoh yang boleh diberikan?
Jawapan: Pendapat peribadi saya ia cuma slogan sahaja. Masalah sama akan terus ‘berjalan’. Saya bersetuju pendapat Prof. Datuk Khoo Kay Kim suatu waktu dulu, ‘Perpaduan hanya terlihat di wajah-wajah pemimpin politik dan kelas atasan, tidak kepada rakyat bawahan’.
Saya ingin menambah, pemimpin politik dan kelas atasan juga sebenarnya masih ada syak wasangka terharap ‘rakan kongsinya’ – apatah lagi rakyat kebanyakan. Contohnya mengapa MCA melancarkan pungutan suara ahli-ahli di laman web rasmi mereka dengan tajuk / isu - ‘Perlukah MCA keluar dari BN?’ Apakah tujuan mereka jika bukan untuk mengguris hati ‘rakan mereka’ di UMNO.
6) Pada pendapat anda, adakah konsep 1Malaysia ini mudah difahami oleh semua golongan? Jika ya atau tidak, mengapa?
Jawapan: Sangat mudah untuk memahami slogannya. Tajuk slogan terus kepada tujuannya.
7) Apakah pemahaman anda secara keseluruhan mengenai konsep 1Malaysia ini? Adakah anda jelas atau tidak dengan konsep tersebut?
Jawapan: Sangat jelas tetapi tujuannya sukar dicapai (pendapat peribadi saya).
Apakah cadangan anda agar konsep 1Malaysia ini difahami atau jelas kepada semua peringkat?
Jawapan:
Seperti saya jelaskan tadi slogannya dan tujuannya amat mudah difahami tetapi adakah ia berjaya, ia suatu yang lain. Sejarah Malaysia perlu diajar kepada murid sejak tahun 1 lagi.
Sejarah sesebuah negara adalah jati diri rakyatnya. Tanpa mengetahui asal usul sejarah negara maka rakyat tersebut tidak akan tahu perit jerih rakyat sebelum mereka, contohnya kebanyakan generasi baru keturunan cina dan india di negara ini tidak mengetahui penderitaan pahlawan-pahlawan Melayu menentang Inggeris.
Mereka juga tidak memahami tujuan mengapa mereka datang ke Tanah Melayu. Mungkin juga terlupa tanah yang mereka pijak ini dahulu namanya Tanah Melayu. Hasil torenransi masyarakat Melayu, nama negara ini diubah menjadi Malaysia. Mungkin orang Melayu juga ada yang terlupa mengenainya.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 12-Nov-2009 03:38 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Alhamdulillah...
|
|
Semuanya berjalan lancar.... majalah-majalah keluaran kami dah ada di borders, mynews.com dan beberapa kedai buku yang popular selain kedai-kedai mamak... dan aku lak tambah bz selepas menemui beberapa orang yang boleh membantu dalam proses buat majalah ni.
sekurang-kurangnya ada 4 majalah kami keluarkan setiap bulan. bintang eropah sekali setiap bulan, theMANisU pulak mulai bulan ni 2 kali sebulan dan beberapa majalah bolasepak sampingan yang dikeluarkan setiap bulan.
majalah terbaru
kami juga dah mula buat bulletin bolasepak dalam bahasa Inggeris, sementara waktu ni keluar 2 minggu sekali - Lepas dapat permit KDN, kami akan keluarkan seminggu sekali pulak.
Syukur sbb jumpa kawan sekolah dulu - Roslan Mustafa yang dapat membantu buat translation bahasa Inggeris dengan cepat dan betul (cam cogan kata polis la pulak)
Terima kasih jugak pada abang Yus.
Sebelum ni ada yang offer diri sebab kononnya hanya kerana berminat dengan konsep majalah kami. Pas tu mintak lak harga sama rate dengan seorang yang profesional... yang beza harganya lebih kurang rm5 - rm10 (satu A4) dari upah yang kami tawarkan. Jika anda seorang pro dan saya serta pengarang2 lain tak perlu periksa hasil kerja anda - ok la jugak, ni Premier League diterjemahkan sebagai Liga Premier dan bukan Liga Perdana... cam no nak bayar as a Pro tuan ooooiiii... jangan la over estimate diri sendiri...
Grafik lak, sebelum ni jumpa gak beberapa org yg nak buat part time. Ada yang buat kita pulak rasa cam kuli dia. Ada lak yg pas keje pada orang lain pulak sbb bayaran kami mungkin pada dia banyak sangat kot. Tak kisah nak buat cam mana pun asal siap. Malangnya apa kita nak, semuanya tak betul. Pas tu dia salahkan kawan dia yang buat tu. Yang tak bestnya bila kita kata tak leh bayar cam ni, macam2 lak keluar dari mulut dia benda2 yang tak baik. Tak best la cam tu, keje tak betul pun nak kena bayar gak.
Akhirnya kami bayar dan itulah kali terakhir kami nak tengok muka dia... rugi pada dia la... kalau cam tu cam ner orang nak percayakan awak...
Kesabaran tu memang ada hikmahnya... kami akhirnya berjumpa dengan saudara Izham Rizal yang buat masa ni dapat membantu kami dalam urusan-urusan grafik. Sehingga setakat ini kami berpuas hati dengan hasil kerja beliau.
Layan la hasil kerjanya dalam web dia ni....
http://www.izhamrizal.com/
football bulletin
http://www.izhamrizal.com/?p=83
Majalah 10 Termahal Dunia
http://www.izhamrizal.com/?p=79
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 7-Nov-2009 13:52 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Dari Kaca Mata… theMANisU - Nov. 2009
|
|
... ulasan kemenangan 2-0 Liverpool keatas MU ...
LIVERPOOL MENANG HANYA KERANA LAWANNYA MU
Kemenangan Liverpool keatas MU semalam (ketika rencana ini ditulis) mendapat reaksi seperti musim lalu, membawa ‘histeria’ kepada penyokong-penyokong kelab the Reds itu. Bukan suatu yang mengejut kepada penulis yang menerima berpuluh-puluh sms dan email datangnya dari kenalan dan sahabat handai yang fanatik terhadap pasukan bangau ini.
Dengan nada-nada perli dan keterlaluan (seperti biasa), mereka mengungkit kekalahan MU yang ke-3 kali berturut-turut ditangan Liverpool. Penulis pada tahun lalu berasa marah juga dengan sms dan email-email yang tidak matang ini tetapi kini penulis cuma merasa sangat kasihan kepada mereka.
Kita peminat MU sudah biasa dengan suasana kemenangan, bagilah peluang kepada mereka untuk merasanya pula. Apatah lagi mungkin kemenangan keatas MU itu adalah kemenangan pertama dan terakhir buat mereka untuk tahun ini dan mungkin juga ia adalah satu-satunya detik kegembiraan bagi mereka untuk musim 2009-10 - seperti mana tahun lalu juga.
Apa yang lebih kasihan adalah telatah mereka menyambut kemenangan tersebut bagaikan telah memenangi Liga Perdana itu sendiri. Cuba bayangkan apa yang akan berlaku jika mereka benar-benar memenangi Liga Perdana musim ini, tentu sambutannya lebih dahsyat lagi.
Biasalah kalau jarang-jarang dapat tentu nikmatnya lebih lagi, inikan pula sudah 22 tahun kekeringan kejuaraan. Memenangi perlawanan keatas juara bertahan pun cukup memadai kepada mereka.
Lebih menggelikan hati lagi, bila penulis menyentuh mengenai Rafa Benitez. Peminat-peminat Liverpool ini kebanyakannya tidak mahu membela pengurus ini dan mengelak untuk membicarakan prestasi pengurus tersebut sepanjang mengendalikan Liverpool. Ada pula yang secara tidak langsung bersetuju, pengurus MU lebih hebat dengan mengeluarkan kenyataan – ‘Tunggulah nanti bila Ferguson dah bersara, barulah tahu nasib MU’.
Maaf cakap, secara logiknya kami yang menyokong MU lebih cerdik jika dibandingkan dengan penyokong-penyokong finatik Liverpool yang menyokong pengurusnya secara membabi-buta. Pada awal-awal karier Ferguson menguruskan pasukan MU, beliau pernah didesak untuk meletakkan jawatan kerana kekalahan demi kekalahan yang dihadapi oleh Red Devils. Namun pada musim yang sama Ferguson menjawap dengan menjuarai piala FA Inggeris dan kegemilangan tersebut berterusan hingga ke hari ini. Tidak perlu menunggu 22 tahun tanpa kejuaraan untuk menyingkirkan seorang pengurus. Apatah lagi 5 musim dalam pengendalian beliau keputusannya sering mengelirukan.
Menyentuh mengenai kekalahan tersebut, kita akui Liverpool bermain dengan baik pada perlawanan tersebut hanya kerana lawannya adalah MU, musuh tradisi dan juara musim lalu. Semangat mereka cukup meluap-meluap. Melihat sahaja dari sms peminat fanatiknya, dapat penulis bayangkan bagaimana perasaan pemainnya - tentu lebih lagi!!!
Seperti ungkapan penulis sebelum ini – ‘Mencalarkan rekod sang juara adalah 10 kali lebih baik dari mengalahkan 10 pasukan yang lemah!’ dan itulah menjadi sasaran utama mereka musim sebelumnya, musim ini dan mungkin juga untuk musim akan datang – selagi Benitez menjadi pengurusnya.
Mempunyai mentaliti sang-juara dalam diri setiap peminat-peminat MU juga perlu ada. Kita perlu melihat tentang kepentingan kepada sesuatu perkara. Memenangi Liga Inggeris adalah tujuan utama bukan hanya memenangi perlawanan ketika bertemu musuh tradisi kita. Apa yang ditunjukkan dari sikap penyokong-penyokong Liverpool pula, mereka lebih rela tidak memenangi Liga Inggeris asalkan berjaya menewaskan MU.
Itulah mentaliti si-tewas, yang tiada tujuan asas pada perjuangan yang diperjuangkannya. Mungkin itulah juga yang ada di dalam benak si-Benitez.
Secara jujurnya sebab sebenar mengapa MU kalah pada perlawanan kali ini adalah kerana Liverpool lebih mendominasi bahagian tengah. Kami di theMANisU sering mengutarakan isu ini sebelumnya. Malah keluaran kali ini juga ada kami menyentuh mengenai ramalan bagi membawa pemain yang berkelayakan untuk diletakkan dibahagian tengah barisan MU. Kami telah menghidu kelemahan tersebut.
Bahagian pertahanan MU pula sejak kebelakangan ini agak rapuh. Ferdinand kelihatan hilang sentuhan, Vidic pula seperti biasa ‘hilang kawalan’ jika menghadapi perlawanan-perlawanan genting. Baharu sahaja kami menyiarkan pengakuan Vidic mengenai ‘3 penyerang yang sukar’ baginya – Beliau mengakui salah seorangnya adalah Torres.
Di atas kertas secara psikologinya, Vidic telah pun tewas kepada Torres sebelum perlawanan lagi. Mengakui kelemahan sendiri secara terbuka sebelum berjuang sepatutnya dielakkan oleh Vidic. Rahsia dan kelemahan bagi seorang pemain bolasepak hanya diluahkan ketika mereka telah bersara sahaja. Mungkin Vidic lebih jujur dan tidak hipokrit dari beberapa orang dari ‘sebuah kumpulan’ yang terdiri dari Rafa Benitez, Pepe Reina dan suku-sakat mereka.
Mengapa penulis berkata begitu, Rafa Benitez selepas mengetahui MU menjadi juara Liga Perdana musim lalu masih lagi tidak mengakui pengurusan dan perancangan Ferguson jauh lebih baik darinya. Reina pula tanpa segan silu, mengeluarkan kenyataan bahawa beliau berharap MU kalah pada perlawanan akhir menentang Barcelona di saingan Liga Juara-Juara. Itulah mentaliti si-tewas. Semua itu menunjukkan mentaliti mereka yang rendah, sama rendahnya dengan mentaliti Adebayor.
Bagaimana pula mentaliti seorang juara?
Setelah kalah ditangan Barcelona pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara, Ferguson dan Rooney mengakui bahawa lawan mereka adalah yang terbaik di dunia ketika itu. Malah selepas kalah ditangan Liverpool tempoh hari, Ferguson mengakui musuh tradisinya itu bermain lebih baik dari pasukan bimbingannya.
Anda perasan perbezaannya???
Salam,
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 29-Sep-2009 13:06 |
Email | Share | | Bookmark |
|
rayo pertamo...
|
|
aku bersama painting terbaru ku yang belum siap...
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 27-Sep-2009 12:12 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Cuti Raya di Bukit Tinggi, Genting Highland...
|
 |
|
mee kari - biasa jer rasanya pun rm18++
|
|
 |
|
nasi goreng ayam seketul pun rm18++
|
|
 |
|
sama menu ngan mak dia
|
| | View all 18 photos... |
|
Hari Raya ke-3 kami pi cuti ke Bukit Tinggi... walaupun dekat, kami tak pernah sampai lagi. Lalu kat bawah highway tu slalu la...
Balik hari Khamis, pi ari selasa.
Tak de ape pun kat sini, cuma kawasannya cam pekan kecil kat perancis & belanda.
atas bukit taman Jepun /Botanical - baru sampai, panjat bukit macam nak putus nyawa
Hari Pertama
Kami sampai dah petang, bila malam skit dah lapar. Kedai semua tutup pukul 8 malam. Soo makan la kat restauran bawah hotel. Mak aii mahal gila... murah skit dari harga kat Perancis & Belanda yang betul!!!
Teh tarik rm8++... mee goreng rm18++... yang aku bagi tu harga yang paling murah kat restauran ni... nak tak nak terpaksa leerr... dah lapar...
nak sangat pi Belanda... rasa kauuuu...
Tepi bilik aku @ kat bawah hotel ada pentas, hari2 pukul 9++ malam sampai lebih kurang 11++ malam ada show... kebudayaan melayu dan paling kurang 4, 5 orang pilipina nyer band pakai pakaian cowboy buat show...
pandangan dari bilik aku
kami tak pi tgk pun... dari bilik leh dengar, lagi pun cam rasa biasa jer...
Hari Ke-2
Sarapan kat restauran yang sama.
Aku jadi angin, pinggan yang disediakan tak bersih. Basuh tak cukup bersih! Berlendir!
Lebih aku angin, kebanyakkan yang bekerja kat situ orang melayu islam... memang la pelanggan ko kebanyakkan bukan islam tapi kalau cam tu sikap korang, cari makan pun cincai2... cam mana la kat umah korang lak ehh?
aku membebel... lepas mintak pinggan baru sambil cakap 'pinggan semua tak bersih la...' keluar gak la perkataan nak bagi orang makan ke atau nak bagi ayam makan...???
Dah la MAHAL, Dah la LEMBAP - order makan malam semalamnya pun dekat 1 jam baru sampai. Sedangkan keluarga aku je yang ada pun... Ni lak KOTOR lak... sooo ngapa jadi mahal sangat eh? sebab tempat? silap la... esokkk2 orang dah tau, tutup la restauran tu...
Kami pi Taman Jepun dan Taman Botanical petang tu... cantik la tempatnya...
kat taman Jepun
kat taman Botanical
Balik dari perjalanan yang memenatkan tu... pi cari tempat makan - sambil minum petang merangkap makan malam sekali... ada pun tempat murah depan hotel aku tu... cam aku kata la, dia tutup pukul 8 malam... tu yang semalam terjebak kat restauran mahal tu....
Kemudian datang la kumpulan pilipina (yang main kat pentas tu) buat live main muzik dari meja ke meja... mulanya kat meja depan kami... ada couple, bini dia punyer bday... pas tu datang kat meja kami... mulanya dia main lagu lama - elvis presley... pas tu mati2 mintak kami request lagu untuk anak2 aku...
Kata dia nk bagi anak2 aku gembira... pa lagi bebudak tu tengah gila crite 'twilight' soo diarang mintak lagu linkin park ler - Leave Out All The Rest...
biol sekejap penyanyi pilipino tu... tadi cam terrol siap cakap mintak jer... diarang leh nyanyikan...
lepas bincang2 ngan geng2 dio... masing2 angkat tangan... selenderrrrrr..... tak tahu.... haaa padan muka...
pas tu korang tau dia kata - dia nyanyikan la lagu lion king - The Lion Sleeps Tonight... diarang lak yang request sendiri, nyanyi sendiri... kkakakakakaaahhh
http://www.youtube.com/watch?v=oUMwu_gXK7Q
tapi perrgghh... wa cakap luuu... sebijik!!! (cam kek youtube atas tu laa)
anak2 aku pun sengih2 dengar lagu tuuu....
balik... rehat kat hotel... tgh malam baru keluar... pukul 10 malam main game ngan anak2 sampai sebelas... kat pintu tempat game tu kata cuma sampai pukul 10 ajer tapi tak de pun sesapa jaga... kami balik pun lepas pukul 11...
[b]Hari ke-3
Lepas sarapan... rehat kejap, pas tu aku ajak isteri aku balik je la... patut kami pi ladang arnab tapi malas la... letih... sure kena menapak lagi cam pi kat taman jepun tu... kena pulak semalam tempat yang ada internet pun tak berfungsi...
macam2 ada kat dalam pala ni... nak cari gambar, nak berhubung ngan translatoorr2 aku... takut payah keje lepas cuti nanti.... sampai umah petang lebih kurang pukul 3... terus capai laptop... cari gambar untuk majalah akuuuu....
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 27-Sep-2009 11:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
the MAN is U - Oktober 2009
|
|
Selepas bercuti raya 3 hari di bukit tinggi, aku dah start keje...
Menunggu majalah baru nak keluar... macam menunggu bulan jatuh ke riba...
Ada 3 majalah aku yang masih tertangguh sebelum raya ari tu, masalah pereka grafik terus berterusan sampai sekarang.
Masalah penterjemah dah settle, kengkawan masa sekolah dulu membantu. Ramai kawan aku dulu dapat credit 2 bahasa Inggeris dan dapat cangkul @ 7 bahasa melayu... soo orang macam dia orang la yang tolong... aku betul-betulkan skit jer la bahasa melayu yang diarang terjemahkan tu...
Pereka grafik ni bukan tak der... yang bagus kerja, perangai hancur lak. Kita lak yang terasa bekerja dengan dia. Menunggu tak abis2... Kalau dia buat betul2 sure cepat siap, banyak peribadi dari nak cari duit. Masa tu janji nak bg bahan, masa tu lak dia nak dating... kita lak menunggu dia!
Memang betul la kata orang, belia melayu ni dah terlebih 'senang' nak cari duit pun dia rasa cam 'senang' tapi kalau bandingkan dengan bangsa lain, bg diarang lak dah kereta besar pun masih kerja keras. Kita melayu ada kancil buruk pun dah besar diri... lupa diri... nak ajar orang lain pulak ikut cara malas dia...
Mmmm... runsing jugak tengokkan benda ni... bukan runsing pasal budak yang part-time tu tapi runsing kalau anak-anak kita dok ikut perangai cam tu... lebih-lebih lagi lepas tengok anak-anak jantan kak long aku, masa melawat raya ari tu. Smua nak keje senang jer.. Abih air liur aku bagi nasihat... jauhkan laa jadi kat anak-anak aku...
Soo korang jangan lupa dapatkan naskah terbaru majalah ni... mungkin critenya dah agak lama, cam aku kata tadi... masalah tenaga tak cukup di bahagian grafik kami. Cerita dah lama siap - grafik lambat skit... Sedang usahakan untuk selesaikan masalah ni...
|
|
|
|
|
|
| Friday, 18-Sep-2009 16:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jemputan menyertai pameran '1001 Malaysian Artists'
|
|
artmalaysia menganjurkan pameran lukisan bertajuk '1001 malaysia artist'. Ia bagi mengumpulkan pelukis-pelukis malaysia seramai 1001 orang.
aku dah pi temuduga, 4-5 bulan yang lepas... pas tu senyap jer... sebab pada mulanya ia nak diadakan pada bulan sepuluh ni... sooo aku rasa mungkin jawapan yang aku bagi tempoh hari - memang merapu kot, tu sebab aku kena rejek... anggapan aku je la...
rupanya, pameran yang dianjuran oleh art malaysia dan yayasan perlis ni ditunda tarikh pamerannya. akan dilangsungkan pada 6hb mei hingga 5hb julai 2010.... hanya 1 karya sahaja yang boleh dihantar...
dan lebih syok lagi gambar aku ada dalam website penganjur... http://www.artmalaysia.com.my/Arthtml_2009/participating_artists.php mmm sebarislah aku dengan pelukis-pelukis yang aktif kat malaysia ni... bangga la juga tapi tak la sampai kembang hidung jadi riak....
kata orang 'cerdik pandai' - buat apa nak berpameran-pameran... kita nak jual lukisan kita, bukan nak pamerkan jer... mmm pada mamat yang bijak pandai tu, ko letak je la painting ko tu kat dalam bilik tidur, ada tak orang nak beli?
kalau bini ko kesian tengok painting tu kat dinding bilik umah ko, mungkin dia je la yang akan beli... pada `cikgu yang bijak pandai' tu, aku nak nasihat... ini bukan bidang ko sebenarnya... ko tak pernah rasa 'nikmat' sebagai pelukis sebenarnya... nikmat yang ko dapat sekarang pun sebenar bukan nikmat seorang pelukis... kalau berani, try la pamerkan lukisan tu kat Balai Seni Lukis Negara... kita dengar apa komen orang bijak pandai kat situ pasal lukisan ko...
aku sebenarnya malas nak komen lebih2 lukisan ko tu... kalau komen pun macam cakap kat dinding jer... maklum la ko tu kan cikgu... tentu pandai lebih pada aku yang masih belajar ni.... tapi aku pasti perkataan kaku, kejung, tak de `roh' pada lukisan ko tu pasti akan keluar dari mulut orang2 cerdik pandai kat situ.... dan aku pasti pulak tentu ko tak terima apa yang diarang komen tu... tu belum lagi orang kata - lu belum boleh lagi guna projekter... kalau guna projekter tambah nampak kejung lukisan lu bro... blaja la manual dulu... lembut2kan la tangan tu dulu... tapi sure lu tak ngaku nyer tangan lu tu keras... maklum la cikguuuu.....
dan akhir sekali, aku pasti ko tak berani nak berpameran terbuka untuk orang lihat hasil lukisan ko tu... sebab sebenarnya ko tu jaguh kampung aje... kokok je kuat tapi tahi berkilo kek ekor tuuu....
pesanan di bulan ramadan pada mamat ni, jangan sibok sangat komen orang nyer karya kalau karya kau sendiri pun kau takut orang komen... memang betul la ko kata dulu, nanti orang akan tahu la siapa sebenarnya pelukis sebenar ruMAH... memang sah la memang ko pelukis galeri ruMAH tu... sbb kat situ je la ko nak tunjuk terol pun...
aku? ruMAH tu tak de lagi pun aku dah melukis... kalau ditakdirkan (tak mintak la) ruMAH tu roboh pun, aku masih terus melukis... ko pulak, nak berkokok kat mana kalau ruMAH tu dah tak de?
kokok sorang2 je la ya bang... kat anak murid ko ke.....
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 16-Sep-2009 03:05 |
Email | Share | | Bookmark |
|
b'day... b'day...
|
|
mmm... berkurun dah gambar2 yang aku nak load ni...
kek shapik
ada orang jeling... jealous la tu...
kek aku - cam bentuk bontot kuali la pulak!!!
beshday aku, orang lain lak yg lobihhh ehhh
senyum... cam la dia nyer besday...
dulu masa mula2 melukis balik... aku jarang keluar2 rumah dengan family sebab asyik melukis jer... sekarang tambah 1 lagi, buat majalah lak... soo kami pun tak banyak masa nak kluar2 umah... masa banyak dihabiskan kat umah jer... kalau keluar2 umah tak leh cari bahan untuk buat majalah... tak leh mengadap lukisan aku yang tak siap tu...
Sooo... bday aku ngan isteri... dan b'day shapik bulan lepas tak silap... buat kat umah jer... ni lah kali pertama dan keduanya kami raikan di rumah baru ni...
nak load pun tak de masa....
layan jo la eeehhh...
p/s - pada kenalan2 Slamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir Batin... sorry tak de masa nak buat e-kad Raya... jangan lupa bayar zakat fitrah...
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 16-Sep-2009 02:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
komik aku diterbitkan tahun depan... InsyaAllah...
|
|
dalam proses
majalah paling baru - 50 pemain terhebat dunia
Ramadan ini rezeki melimpah-limpah... Allah bagi ilham... bagi jalan...
Betul-betul terasa hidup memang bermula dari 40 tahun.. ada yang tanya, tak rasa lambat ke apa yang aku buat ni? Soalan yang aku rasa cam datang dari pendapat yang sempit...
Cikgu geografi aku Ms. Leong... ( walaupun aku tak pernah pas pelajaran yg dia ajar, dari tingkatan 3 sampai tingkatan 6 - namun aku lah murid kesayangan dia ) pernah dia bagi tahu aku, bila dia bersara nanti dia nak pi Australia untuk hidup sebagai pelukis jer... Masa tu aku baru abis sekolah, aku nak ikut dia sebab aku pun nak jadi pelukis tapi dia suruh aku kerja sebab aku muda lagi... ( tak tau la, dia jadi pergi ke tak - idup lagi ke tak )
Soo berbalik pada soalan kawan aku tadi - tak rasa lambat ke, apa yang aku buat sekarang? Kalau Ms Leong sendiri bersara umur 50 tahun, baru dapat (?) kejar cita-cita dia sebagai pelukis, masih awal lagi la aku ni kan?
Mati hidup ditangan Tuhan... kalau ikut umur Nabi Muhammad yang wafat 64 tahun... aku masih ada lebih kurang 24 tahun lagi nak idup... lama tu... leh tengok cucu masa tu... InsyaAllah...
Kalau pun aku cuma berjaya untuk beberapa tahun sahaja dalam bidang yang aku suka ni... pun ok juga dari hidup mendatar tanpa cabaran... memang ramai orang mengukur hidup yang stabil adalah hidup yang tak payah pening2... kalau kita jadi buruh kasar dari umur 25 sampai 55 pun ok apa, sebab stabil... tapi pernah ker terfikir dalam agama pun kata hidup kita biarlah lebih bermakna dari hari semalamnya... kan? ( buruh kasar tu sebagai contoh jer, jgn la ada yang terasa pulak )
sooo apa2 pun hidup kita sendiri... sendiri lah tau mana jalan yang lebih baik untuk kita... kita ada kayu pengukur kita sendiri... aku pun ada kayu pengukur aku juga... kalau korang dari muda sampai tua jadi CEO pun aku rasa korang bukan lah seorang yang hebat! Cuma CEO jer, bila nak jadi tuan punya syarikat lak?
Orang yang hebat akan cari jalan untuk mencari cabaran baru untuk mencabar diri sendiri... itu pendapat aku jer... tapi itu jugalah yang dipersetujui oleh orang2 hebat...
Kalau nak cerita panjang2 pun boring gak kan... soo elok korang beli Majalah bolasepak yang aku buat bulan lepas - CR9 - kisah perpindahan Cristiano Ronaldo dari MU ke Real Madrid... baca komen aku kat ruangan 'Mengapa Dari CR7 ke CR9'... korang akan paham apa yang aku nak sampaikan... ( Cover dia tengok kat FP aku bulan Ogos )
Ada pulak yang kata - dia orang yang buat cam tu dapat juta2 pound, aku apa ada?
Aku? Aku ada bahagia... sudah lah... nak apa lagi selain dari bahagia... Mungkin Cristiano Ronaldo yang dapat juta2 pound pun lom tentu bahagia... susah hati takut kena rompak...
Ada pulak kata, cakap leh la... tapi sebenarnya bahagia ke aku ni? Jadi susah lah nak cakap... Bahagia bagi aku senang jer... aku leh buat apa je yang aku nak... tu lah bahagia...
Sekarang ni pun aku sedang menjelmakan satu persatu cita-cita masa kecil aku... dari sebagai pelukis ke sebagai pengarang majalah bola... dari pengarang lak sekarang tengah dalam perancangan untuk terbitkan komik aku sendiri... cerita aku, lukisan aku cuma tajuk jer penerbit dah ada sejak bertahun dulu... tajuk tak besh pun tak per la... aku bagi cerita dia besh sudah la...
Dirancang komik tu untuk tahun depan pulak... InsyaAllah... Jadi pelukis komik adalah cita-cita aku masa kecik, kalau korang nak tahu...
Kan indah jika semua orang merasa apa yang aku rasa sekarang sebab bukan semua orang dapat mencapai cita2 masa kecik dia orang. Ada kawan nak jadi arkitek tapi bapak dia antar belajar multimedia, soo agak2 bila la dia nak jadi arkitek pula ya?
Sooo aku bersyukur apa yang ada... semoga apa yang dirancang akan berjalan lancar... kalau tak jadi, sabar jer la... reda kadaq dan kadar, tak semua apa yang kita harapkan Tuhan penuhi... Dia lebih tahu apa yang baik untuk kita.... Redaaaa jerr laaaaaa....
P/s - Baru bayar zakat fitrah, teringat aruah ayah.... Al-Fatihah.....
|
|
|
|
|